Saturday 6 August 2011

Kanak-Kanak 10 Tahun Beraksi Seperti Orang Dewasa Dalam Majalah VOGUE, Cetus Kejutan




Sesiapa yang pernah membaca atau menyelak-nyelak majalah VOGUE pasti tahu bagaimana model-model seksi ditampilkan dalam setiap shot yang diambil - iaitu gaya seksi dan sensual. Apa kata kini, anda cuba bayangkan bagaimana pula jika gaya-gaya itu diperagakan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun?


Inilah yang terjadi kepada kanak-kanak ini, Thylane Lena-Rose Blondeau. Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan.

Gaya kanak-kanak itu, yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya. Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.

Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.


Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon VĂ©ronika Loubry.

Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.

Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi.


Lagi aksi-aksi menarik Thylane Lena-Rose Blondeau:

 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment