Tuesday 27 September 2011

TAHUN NIE... banyak betul kenangan berlaku.. well lebih banyak kenangan pahit dari manis... so... pada sesiapa yang berkenaan... janganlah kerana sikap aku yang suka memencilkan diri.. membuatkan korang rasa x selesa... tahun nie.. x nak masuk apa2 aktiviti pun.. x nak join apa2 acara pun.. buka sebab nak boikot... tapi tahun ni.. xder mood langsung untuk kembali aktif... tahun untuk berehat dari segala stress yang berlaku dulu... untuk tenangkan jiwa... dan untuk fkirkan diri sendiri di sebalik apa yang berlaku..hmmm.... andai kata di ceritakan DISINI... x ckup page untuk di luahkan... biarlah ia di abadikan di dalam hati

Friday 23 September 2011

tiap kali fikirkan ANAK..hati ini berdebar2... kesunyian menguasai diri ini.. x sabar nak pregnant lagi.. bila bincang ngan hubby... Dia suruh bersabar..hmmm....tunggu 2 tahun lagi.. ermmm....hmmm cepatlah 2 tahun berlalu... x sabar nak tunggu 2 tahun lagi... rindunya nak belai, nak main2.. nak geletek... nek bermanja... nak peluk.. nak cium... nak apa yang ibu lain buat pada anaknya...semuanya aku inginkan... nak anak ramai2... bila tengok keliling jiran penuh dengan gelak tawa anak.. jeritan, tangisan.. bagi aku segala2nya indah.. tapi aku...hmm.. balik jer kerja... bom... menung jap.. pastu tdor...hmm... rutin setiap hari.. bila hubby balik hjung minggu ler baru jalan2... itu pun 2 hari...hmmm...


mujahid... ibu dengar lagu kegemaran anak ibu tau... ku merinduimu dari kumpulan devontees.. kenapa baru sekrang ibu faham maksud lagu tue yer... mujahid rindukan ibu yer.. ibu berkali2 ganda rindukan anak ibu... ibu redha nak... dalam kesedihan ibu.. ibu happy sebab anak ibu menjadi ahli syurga tanpa dihisab..mana tahu.. bila ibu dan abah kat alam akhirat nanti.. mujahid bawak kami kesana sekali... hmmm... alhamdulillah.. ada juga anak ibu yang masuk syurga terus... setiap waktu.. bila ibu dan abah mengaji ker atau buat sesuatu untuk di wakafkan... semuanya atas nama anak ibu tau... abah kata bila dia teringatkan mujahid.. lagi banyak dia mengaji.. nak sedekahkan kat anak ibu...