Kenderaan elektrik yang pratikal dibina adalah sebuah kereta elektrik kecil yang dibina oleh Thomas Davenport di Amerika Syarikat. Thomas menigkatkan keupayaan kereta elektriknya, mengurangkan harganya, dan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa. Walaupun dengan peningkatan ini, kereta elektrik tersebut tidak popular kerana dia terpaksa menggunakan bateri tidak boleh caj semula bagi kenderaannya. Kelihatannya orang awam tidak mungkin menggunakan kenderaan elektrik disebabkan faktor bateri, tetapi ini semua bertukar apabila Gaston Plante seorangPerancis mencipta bateri simpanan boleh dicaj semula pada tahun 1865.
Kenderaan elektrik pertama yang mendapat perhatian dunia adalah kereta lumba La Jamais Contente. Ia dibina di Belgium pada 1899 untuk berlumba. Kereta tersebut memecahkan rekod dunia di Perancis dengan dipandu oleh Camille Jenatzy pada tahun 1899, dengan kelajuan sehingga 62 batu sejam. Bagaimanapun kenderaan elektrik dipinggirkan apabila kenderaan menggunakan minyak dimajukan, sehinggalah 1980-an.
Pada 1900-an kenderaan elektrik dimajukan bagi kegunaan lain selain kenderaan awam. Ia dimajukan sebagai cara murah bagi bergerak jarak dekat dalam kilang, padang golf, dan kampus, terutamanya di mana terdapat keperluan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Tidak lama kemudian, orang ramai mula melihat peluang bagi kenderaan elektrik. Pada awal 1980-an pasukan penyelidik dibentuk, dibiayaai oleh syarikat kereta utama dunia bagi membangunkan semula kenderaan elektrik dengan penggunaan kemajuan teknologi baru dalam bateri, pengabungan sistem dan aerodinamik.
Tidak lama kemudian terdapat ura-ura kerajaan akan mewajibkan kepelbagaian sumber tenaga, dan syarikat kenderaan, tenaga elektrik, dan masyarakat pendidik akademik mula melakukan penyelidikan, ujian dan membangunkan kenderaan berkuasa elektrik. Sekitar 1990 beberapa bandar California mulai menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara. Pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh peratus menjelang tahun 2000 dan tiga puluh peratus menjelang 2030.
Dengan pengumuman ini, lebih banyak syarikat dan pasukan penyelidik telah menyertai penyelidikan kenderaan kuasa elektrik. Pengeluar kereta gergasi seperti Honda, GM dan Chrysler membelanjakan berjuta dolar bagi penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dapat dihasilkan bagi jualan seawal 1996. Juga semenjak Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan diluluskan kenderaan elektrik ditonjolkan secara meluas diseluruh US dan kerajaan turut menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Oleh kerana sebahagian besar minyak digunakan bagi pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara terbesar di dunia, dengan itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang tidak bergantung kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik bagi permasaalahan ini. Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara. Ini bererti bahawa sekiranya kenderaan elektrik menggantikan kereta tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.
Selain itu, asap dari enjin pembakaran dalam mendorong kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ini mampu meningkatkan kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman, tumbuhan dan punca penyakit Barah. Penggunaan minyak turut menyumbang kepada kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh kehabisan sumber minyak kepada dunia. Kekurangan minyak selama 5 tahun secara berterusan mampu menyebabkan harga minyak mencecah tiga kali ganda, sesuatu yang sukar dipercayai.Ketika manusia terus mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini, manusia semakin menyedari betapa serious kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.
4.32pm 14/11/2011
No comments:
Post a Comment