Tuesday 23 August 2011

Yang dirindui anak ibu mujahid…




terima kasih sayang sebab banyak mengajar ibu tentang kehidupan… yang Selama ini ibu x sedar langsung… kesilapan yang ibu lakukan pada keadaan sekeliling… kata2 dari seorang hamba ALLAH yang sepatutnya bila mujahid ada ibu merasa bangga.. tapi kini x lagi.. ibu rasa sebak dan sedih bila dia keluarkan kata2 itu…”kalau ada mujahid mesti dia akan jadi budak yang pandai..yer…sepatutnya ibu merasa bangga bila dia kata macam tu.. tapi tahlah… mujahid pun x der.. apakan daya ibu.. Allah lebih sayangkan mujahid dari ibu…

ibu yakin kalau ada mujahid lagi… mesti ibu x mampu menjaga mujahid.. ibu x mampu untuk mendidik mujahid…ibu x mampu memberi kasih sayang pada mujahid…sebab ibu keseorangan sayang… ibu sepi di sini… walaupun hakikatnya ibu sedih dengan pemergian anak ibu.. tapi ibu redha dengan ketentuan ALLAH.. ibu tahu apa yang ALLAH lakukan untuk ibu adalah yang terbaik untuk mujahid dan ibu… kini.. hanya gambar scan masa saat2 terakhir kita bersama masih menemani ibu.. melepaskan kerinduan ibu pada anak ibu..ketahuilah anakku.. yang ibu sayang sangat2 pada anak ibu.. saat bila ibu tahu yang ibu pregnant.. sehinggalah ibu sarat membawa anak ibu kemana sahaja ibu pergi..dan ketika anak ibu dilahirkan.. ibu sentiasa kenang kembali apa yang berlaku dulu.. xkan ibu lupakan sampai bila2 saat itu.. indah sekali… indah ketika mengandungkan mujahid…hanya coretan ini dapat ibu luahkan isi hati ibu nak…yang setiap saat dan ketika..mujahid sentiasa bermain2 di fikiran ibu…

mujahid.. andai kata mujahid tahu isi hati ibu.. doakanlah abah dan ibu panjang umur yer sayang… doakan kebahagiaan kami.. doakan agar hubungan kami diredhai ALLAH.. doakan kami ada zuriat lagi… doakan hubungan kami diberkati…ketahuilah anakku.. sungguh perit ibu memendam perasaan ibu yang… IBU SAYANG SANGAT PADA MUJAHID…

23/08/2011
RABU
11.00AM

Sunday 21 August 2011

luahan hari ni...

tahlah.. banyak yang ibu nak coretkan... tapi otak x leh fkir.. penat sangat2... sebab keje hari ni dan semalam...hmm.. tadi abih keje terus keluar umah jalan2 ngan abah...pastu pergi bazar ramadhan... tiba2 mata kami tertumpu pada seorang baby.. abah kata macam muka anak ibu... mujahid.. Ya Allah. comelnyer...masih lagi bermain2 difikiran ibu wajah yang ibu pandang tadi...hmm.. x perlah.. ada hikmah apa yang berlaku.. ibu nak luahkan.. baru hari nie dan semalam ibu keje.. abah dah macam cacing kepanasan..hehe.. cmnerlah kalau nak dok kl nanti.. lagi bz.. sabtu ahad perkara wajib untuk bekerja... kdang2 malam pun kerja jugak...hmm.. kat cni tenang lagi... bz juga tapi x selalu... so... abahnyer... fkir2kanlah kalo nak ibunyer bertukar ke kl... nak wat cmner.. dah keje ibunyer cmni... berkhidmat untuk bangsa dan negara.. kalo x.. x menyala ler lampu kat umah orang...hmmm...

kalau ada anak ibu.. x tahulah cmner ibu nak bahagikan masa antara kerja ngan mujahid nanti...ibu x leh lakukan sendirian.. ibu yakin.. bila abah dah dapat tukar cni... mungkin ada rezki kami nanti... dikurniakan zuriat lagi.. tapi bila... bila lah abahnya nak tukar kat cni.. sepanjang bulan ramadhan ni.. x ptus2 ibu berdoa tau.. moga2 Allah makbulkan doa ibu.. amin....

Sunday 14 August 2011

duka...

ibu rindukan anak ibu...
mujahid... hadirkanlah dirimu dalam mimpi ibu nak....
setiap hari ibu berdoa agar dapat berjumpa dengan anak ibu..
walaupun ia cuma sekadar mimpi...tertapi.. ia amat bermakna buat ibu.. ibu semakin lupa akan wajah anak ibu...ibu cuma x kan lupa renungan mata anak ibu saat ibu melahirkan mujahid...
 sedar x sedar... sudah hampir 3 bulan mujahid meninggalkan ibu dan abah... mujahid meninggalkan kami pun tanpa kehadiran sesiapa disisi.. sedihnya hati ibu.. tau2 ibu sampai wad jer... doktor bagitau yang mujahid dah x der...hmmm...

bila orang tanya.. usah dikenang benda yang dah berlalu...yer... kalo boleh ibu x nak kenangkan.. sebab sakitnya hati ni.. seksanya jiwa.. tapi lagi ibu cuba untuk lupakan perkara yang dah berlalu.. semakin ibu semakin sengsara..semakin terseksa hati..dan akhirnya ibu biarkan segala kenangan kita bermain dalam minda ibu...ibu lepaskan pada coretan blog ibu... ibu nak coretkan segala2 perasaan ibu.. agar ibu dapat lepaskan segala kesedihan ibu... yang ibu terlalu rindukan anak ibu..mujahid...









Friday 12 August 2011

air mata ini...

dulu masa dalam pantang.. air mata ni.. susah sangat nak keluar.. aku fkir aku insan yang kuat... mampu memujuk husband suruh bersabar..bila dia menangis terlalu rindukan anak ibu.. mujahid...tapi aku...rasa tenang jer... tahlah.. rasa macam x der aper2 berlaku.. sedangkan waktu tue aku baru jer kematian seorang anak yang aku paling sayangi...

tapi kini... sejak masuk kerja.. hari2 air mata ni nak mengalir jer... tengok pada perkra yang mengingatkan sesuatu pasti mengalir air mata... bukan sebab xredha dengan pemergian anak ibu.. ibu redha nak.. tapi tahlah..nak wat cmner...dah air mata nak keluar.. biarkanlah ia keluar.. nanti ibu legalah lepas tue... dan ibu pasti akan menangis bila abah dah mula start bercerita macmner abah jaga mujahid dulu... ibu menangis sebab ibu sedih dengan keadaan abah.. walaupun ibu yang mengandungkan mujahid selama 9 bulan dibawa kehulu kehilir.. tapi ibu dapat tengok mujahid kejap jer.. x macam abah.. setiap masa dan saat memerhatikan tingkah laku mujahid.. sudah pasti dia x kan lupa sampai bila2...

kini, ibu dah faham perasaan abah kenapa abah selalu menangis.. ibu dah boleh selami perasaan abah... kenapa abah selalu menangis... rupa2nya begitu perit perasaan ini... rasa terseksa bila ditahan air mata ni....selagi air mata ini x keluar selagi itulah jiwa terseksa... dan akhirnya.. setiap hari... bila ibu drive kereta jer.. ibu pasti akan menangis.. hampir setiap hari.. ibu menangis bukan bermaksud ibu lemah... tapi sebab air mata inilah kekuatan ibu untuk ibu meneruskan liku2 kehidupan ini...semua perkra yang ibu lakukan pasti akan keluarkan air mata....hmmm...

kisah hari ni...

anak ibu, mujahid.. banyak yang ingin ibu luahkan... ibu baru jer balik dari berbuka puasa bersama dengan anak yatim... ibu sampai jer anak2 yatim baru tiba... tahlah.. tahun ni x macam tahun2 lepas... bila ibu pandang jer muka diorang.. ibu jadi sebak... ibu rasa sedih sangat2...sayu hati ibu memandang diorang... teringat masa ibu dalam pantang.. ibu terlalu rindukan anak ibu sampaikan ibu bagitau kat abah yang ibu nak ambik anak angkat... ibu teringin sangat waktu tu nak belai baby.. nak peluk.. nak cium.. nak bagi sepenuh kasih sayang... tapi apa yang ibu harapkan semuanya berkecai... semuanya hanya tinggal kenangan... abah x bagi.. abah suruh banyak2 bersabar....abah nak anak sendiri... x perlah.. ibu cuba untuk pendamkan perasaan.. memerhatikan sahaja telatah anak2 kecil yang lain... ibu teringin sangat buat macamner ibu lain buat.. bergurau senda...

mujahid... semakin lama ibu hidup...semakin kuat daya ingatan ibu pada anak ibu... setiap hari... kdang2 ibu terbayangkan saat pandangan terakhir anak ibu memandang ibu...ibu x sangka nak.. itulah kali terakhir ibu memandang anak ibu...saat selepas ibu melahirkan anak ibu....sampai ke hari ni.. walaupun ibu dah habis pantang.. masih terasa lagi tendangan anak ibu dalam perut ibu... ibu pegang perut ibu erat2 sebab terlalu rindukan anak ibu...

kehidupan ibu.. tahlah nak.. ibu semakin sepi dikalangan kawan2 ibu.. ibu semakin kekok untuk bergurau senda dan berkata2...hanya abah sahajalah tempat ibu untuk ibu bergurau senda,, tempat ibu buat lawak.. sebab abah sorang jer tahu isi hati ibu macmner... 5 hari ibu menyepikan diri... dan 2 hari masa ibu bersuka ria untuk abah...begitu jugak dengan abah..

dulu masa dalam pantang.. ibu teringin sangat nak pegang baby... tapi x kesampaian hajat ibu nak..tapi sekrang.. bila ibu dan abah dah merasa pegang baby.. ibu rasa sedih dan sebak sangat2... ibu x dapat nak tahan perasaan bagi baby kat abah suruh pegang..hmm... lepas tu.. dekat seminggulah ibu dan abah menangis..huhu... sama2 menangis.. x der saper nak pjuk... pjuk sendiri2 ler....

hari ni...hari yang ke 12 ibu berpuasa.. kalau ada anak ibu.. x derlah ibu sesepi ini.. ibu sendirian..makan sendiri... tdur sendiri... balik umah jer.. tengok tv... tv yang tengok ibu.. ibu cuma pandang kaca tv jer.. bila rasa nak mengantuk.. ibu tdur...pastu bangun tdur.. menung kejap..hmm.. lepas tue tunggu masa nak pergi kerja.. hmm.. begitulah rutin ibu hari2.. kecuali hari jumaat sabtu dan ahad.. hari tu.. hari ibu berceloteh... tahlah.. macam2 benda yang ibu bercerita kat abah..macam bertih jagung jer..hehe... bila ibu tertdur... abah kacau ibu... pastu bila abah tdur...ibu plak kacau abah..pastu kalau rasa bosan jalan2.. pusing ipoh...hmm.. terasa kejap jer bersama dengan abah...k lah.. lega ibu dapat luahkan isu hati ibu.. walaupun ayat tunggang langgang..hehe

Saturday 6 August 2011

Kanak-Kanak 10 Tahun Beraksi Seperti Orang Dewasa Dalam Majalah VOGUE, Cetus Kejutan




Sesiapa yang pernah membaca atau menyelak-nyelak majalah VOGUE pasti tahu bagaimana model-model seksi ditampilkan dalam setiap shot yang diambil - iaitu gaya seksi dan sensual. Apa kata kini, anda cuba bayangkan bagaimana pula jika gaya-gaya itu diperagakan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun?


Inilah yang terjadi kepada kanak-kanak ini, Thylane Lena-Rose Blondeau. Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan.

Gaya kanak-kanak itu, yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya. Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.

Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.


Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon VĂ©ronika Loubry.

Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.

Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi.


Lagi aksi-aksi menarik Thylane Lena-Rose Blondeau:

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dunia Keajaiban Makeup Oleh Vadim Andreev






Penggunaan teknik mekap yang betul sudah tentu mampu menghasilkan keajaiban. Namun, bukan semua orang mempunyai skill tersebut. Lantas, penggunaan jurusolek atau makeup artis mampu menjanjikan kerjaya yang lumayan. Di bawah ini adalah mereka-mereka yang telah mendapat sentuhan daripada Vadim Andreev, iaitu seorang makeup artis terkenal di Russia. Beliau sering mendapat permintaan daripada jurugambar, agensi model, majalah dan stesen televisyen di sana.










Lelaki Ini Berubah Menjadi Wanita Cantik dan Jelita




Amat menakjubkan bila mana terapi hormon selama 13 bulan boleh merubah diri anda. Pengambilan hormon ini merupakan sebahagian daripada proses yang perlu dilakukan sebelum pembedahan pertukaran jantina dilakukan. Ini bagi membolehkan 'tubuh' benar-benar bersedia menerima sebarang perubahan kelak. Lelaki ini telah membuat keputusan untuk mengubah jantinanya. Di bawah ini anda akan melihat perubahan lelaki ini sepanjang tempoh itu.